Utama

NADI E-Sukan : (Modul 22) Analisis Prestasi Pemain

Tarikh   : 17 Julai 2026 (Jumaat)
Tempat : NADI Felda Jenderak Selatan
Masa    : 8.00 pagi – 6:00 petang

Tujuan :
Program Analisis Prestasi Pemain dalam E-Sukan telah dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah menilai dan meningkatkan prestasi permainan secara sistematik. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik menganalisis statistik permainan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, memahami strategi pasukan, serta mengkaji semula rakaman perlawanan untuk penambahbaikan. Program ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran membuat keputusan, komunikasi berpasukan, dan prestasi keseluruhan dalam pertandingan e-sukan, di samping membentuk sikap disiplin, daya saing yang sihat, dan semangat pembelajaran berterusan.

Aktiviti :
Sepanjang webinar berlangsung, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman peserta seperti penerangan mengenai kepentingan analisis prestasi dalam meningkatkan kemahiran dan pencapaian pemain e-sukan, Peserta didedahkan kepada kaedah menilai prestasi berdasarkan statistik permainan, kadar kemenangan, ketepatan, komunikasi pasukan dan pengurusan masa, perkongsian tips untuk meningkatkan kemahiran individu dan kerjasama berpasukan melalui latihan yang berstruktur. Disamping itu, peserta berpeluang mengemukakan soalan serta berkongsi pengalaman berkaitan cabaran dan pembangunan prestasi dalam e-sukan.

Gambar Disini :

Laporan Aktiviti Jun 2026

Kempen Internet Selamat : Cyber Trap – Rahsia Di Sebalik Skrin Tarikh   :16 Jun 2026 (Sabtu)Tempat : NADI Felda Jenderak SelatanMasa    : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tujuan :Kempen […]

Baca lanjut →

Saringan Kesihatan Harian

10 June 2026 Kesihatan

Program Ujian Saringan Kesihatan yang dianjurkan oleh NADI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan hidup sihat. Melalui program ini, peserta berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas […]

Baca lanjut →

KIDVENTURE LIVE WEBINAR 16 (OPERASI PERNIAGAAN)

Program KidVenture Live Webinar 16 : Operasi Perniagaan yang dianjurkan oleh NADI bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja mengenai asas-asas operasi perniagaan serta proses pengurusan sesebuah perniagaan […]

Baca lanjut →

Video Pengenalan NADI

25 May 2026 Galeri Video

NADI Felda Jenderak Selatan merupakan sebuah pusat komuniti yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat setempat melalui pelbagai program berteraskan pendidikan digital, keusahawanan dan kesejahteraan sosial. Pusat ini menyediakan kemudahan serta […]

Baca lanjut →

Laporan Aktiviti Mei 2026

Webinar Kempen Internet Selamat : (FOMO vs SAFE) Tarikh   :16 Mei 2026 (Sabtu)Tempat : NADI Felda Jenderak SelatanMasa    : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tujuan :Webinar Kempen Internet Selamat […]

Baca lanjut →

LIVE CLASS NADI PRENEUR, EMPOWERHER DAN KIDVENTURE

13 May 2026 Keusahawanan

Program NADI Preneur, EmpowerHer dan KidVenture diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran digital, keusahawanan serta pembangunan diri dalam kalangan peserta mengikut kumpulan sasaran masing-masing. Program ini juga membantu peserta meningkatkan […]

Baca lanjut →

Aktiviti Saringan Kesihatan di NADI

Aktiviti saringan di diadakan bagi membantu komuniti mendapatkan pemeriksaan awal kesihatan serta meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri. Program ini juga bertujuan untuk mengesan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, […]

Baca lanjut →

NADI PRENEUR EMPOWERHER

21 April 2026 Keusahawanan

Program keusahawanan seperti Entrepreneur dan EmpowerHER yang dianjurkan oleh NADI bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan dalam kalangan usahawan melalui pendedahan kepada strategi pemasaran, pengurusan kewangan serta penggunaan teknologi […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya