Program NADI Preneur, EmpowerHer dan KidVenture diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran digital, keusahawanan serta pembangunan diri dalam kalangan peserta mengikut kumpulan sasaran masing-masing. Program ini juga membantu peserta meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, komunikasi dan kemahiran penggunaan teknologi melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan bermanfaat.
Secara keseluruhannya, program-program yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dan memberikan impak positif kepada peserta. Peserta menunjukkan minat serta penglibatan aktif sepanjang program berlangsung dan berjaya memperoleh ilmu serta pengalaman baharu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.








