Kelas Cybersecurity dianjurkan oleh NADI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai keselamatan dalam talian yang semakin penting dalam era digital masa kini. Melalui kelas ini, peserta akan didedahkan kepada ancaman siber seperti penipuan dalam talian, pishing, pencurian data peribadi dan cara-cara melindungi maklumat digital mereka. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada amalan terbaik keselamatan digital yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi golongan belia, usahawan digital, pelajar dan warga emas yang semakin aktif menggunakan teknologi. Dengan adanya kelas ini, NADI berperanan sebagai platform pemerkasaan komuniti ke arah penggunaan teknologi secara bijak, selamat dan bertanggungjawab.








