Encik Syamsul Abdullah Bin Thani yang lebih dikenali dengan nama panggilannya iaitu Paktam di Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan Ruminan. Antara ternakan yang di ternak sendiri adalah seperti Kambing, Berbiri dan juga Lembu. Beliau merupakan seorang anak muda yang telah berjaya dalam bidang keusahawanannya dan beliau juga merupakan anak peneroka di Felda Jenderak Selatan yang berusia 35 tahun. Lokasi perusahaan beliau adalah di Felda Jenderak Selatan iaitu berdekatan dengan ladang miliki arwah bapanya. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam rancangan Felda Jenderak Selatan.
Beliau telah menjual hasil ternakan kambing, biri-biri dan juga lembu secara kecil kecilan di sekitar kawasan kampung dan kawasan yang berhampiran. Beliaumula berjinak dalam menternak ternakan sejak 7 tahun yang lalu dan pekerjaan ini telah menjadi sebahagian daripada bidang pekerjaan beliau dan telah mencapai tahap yang lebih baik berbanding daripada mula beliau menceburi bidang ternakan ini. Kini beliau telah menjadi usahawan tani di dalam rancangan Felda Jenderak Selatan dan juga diluar bandar.
Bermulanya perniagaan, beliau tiada pendapatan bulanan yang tetap kerana perniagaan beliau tidak mendapat sambuatan yang sangat menggalakkan. Namun kini, perniagaan beliau semakin mendapat perhatian ramai setelah mendapat pendedahan dengan jualan produk perniagaan beliau yang semakin memberangsangkan. Jumlah produk dan pelanggan semakin bertambah kerana hasil perniagaan beliau mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari rakan-rakan dan juga pembeli dari dalam dan juga kawasan-kawasan tertentu.
Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah memiliki akaun facebook, whatsapp dan juga blog sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Beliau juga turut mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan internet dan dapat mempelajari selok belok didalambidang ternakan. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan juga dari whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini menjangkau RM 2000.00 hingga ke RM6000.00.