PUSAT INTERNET FELDA JENDERAK SELATAN merupakan Pusat Internet dari Fasa Felda yang mula beroperasi pada tahun 2010. Pada awalnya, Pusat Internet ini diberi gelaran sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti dan pada tahun 2015, kini ia diselaraskan menjadi Pusat Internet. Pusat Internet Felda Jenderak Selatan ini dibina bersebelahan tapak Bangunan JKKR Felda Jenderak Selatan. Setelah hampir 7 tahun beroperasi di Felda Jenderak Selatan, Pusat Internet ini telah berjaya mengumpul seramai 1002 orang jumlah ahli.