SAT dijalankan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak SKMM untuk beroperasi sebelum dibuka sepenuhnya untuk kegunaan masyarakat setempat.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) menilai tahap kelajuan internet agar mencapai kelajuan yang ditetapkan. Selain itu, mereka turut menilai kondisi peralatan yang disediakan. Antara pihak yang terlibat adalah wakil dari SKMM, MSD , TM dan INFADIA. Dengan berakhirnya audit ini, Maka secara langsungnya PEDI Felda Jenderak Selatan telah sedia beroperasi penuh mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.







