mcmc
Pendidikan

Program Tinytechies Sesi 6

Tujuan mengadakan kelas TinyTechies di NADI adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap dunia teknologi dan komputer secara interaktif dan menyeronokkan. Program ini bertujuan memupuk minat terhadap teknologi serta meningkatkan literasi digital sejak usia muda agar mereka lebih bersedia menghadapi dunia pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan. Pelaksanaan kelas ini di NADI juga dapat mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada sebagai pusat pembelajaran komuniti yang inklusif dan mesra kanak-kanak. Di samping itu, ia memberi peluang kepada anak-anak untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat serta membuka ruang untuk mengenali bidang teknologi sebagai salah satu pilihan kerjaya masa hadapan.