mcmc
Persatuan Belia

PROGRAM SANTAI ORANG MUDA FELDA JENDERAK SELATAN & JENDERAK UTARA

Program santai orang muda ini bertujuan untuk menyatukan belia dan juga komuniti-komuniti Felda Jenderak Selatan & Felda Jenderak Utara dimana program ini banyak memberi impak yang positif kepada belia Felda. Program ini juga telah diselitkan dengan Program Ziarah Kasih dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau iaitu YB DATO’ SERI HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID. Pelbagai aktiviti-aktiviti terbuka yang telah menarik minat belia-belia felda untuk saling bekerjasama dalam menjalankan tugas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan program. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-

  • Senamrobik perdana
  • Pertandingan karaoke ( Kategori Veteran & Belia )
  • Mewarna (4-6 Tahun, 7-9 Tahun, 10-40 Tahun, Veteran )
  • Karom ( Terbuka )
  • Congkak ( Belia, Veteran )
  • Bola Beracun ( Terbuka )
  • Sepak Raga ( Terbuka )
  • Pertandingan Masakan Pencuci Mulut ( Terbuka )
  • Puzzle ( Ibu & Anak )
  • Cabutan Bertuah