Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih membuka permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 atau Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 2023.
Untuk makluman, kemasukan ke Sekolah Khusus ini akan menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Murid yang berminat untuk memasuki Sekolah Khusus ini boleh membuat permohonan mulai 30 September 2022 sehingga 30 November 2022.
PEDi telah dikunjungi oleh ibu bapa dan juga pelajar untuk membuat permohonan ke Sekolah Khusus pada bulan November dan PEDi telah menyediakan perkhidmatan E-servis kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk membuat permohonan tersebut.