mcmc
Pendidikan

Pendidikan

               

 

Sekolah kebangsaan LKTP Felda Jenderak Selatan adalah satu-satunya sekolah yang terletak di sini selain Sekolah Agama Rakyat yang berfungsi sebagai Kelas Fardhu Ain bagi anak-anak dan cucu-cucu peneroka Jenderak Selatan. Sekolah ini mula ditubuhkan pada Januari 1979 dengan permulaan murid hanyalah seramai 167 Orang, 11 orang guru dan Guru Besar yang pertama ialah Encik Alias Bin Abdul Wahab. Ketika itu, Rumah peserta Felda dijadikan sebagai premis persekolah tersebut.

     Tanggal 11 mei 1981 menjadi titik sejarah bagi sekolah ini kerana mula beroperasi  di bangunan barunya sendiri yang terdiri daripada 1 blok bangungan 2 tingkat mengandungi pejabat, bilik guru dan enam kelas.Beberapa tahun kemudian, Sekolah ini mendapat tambahan bangunan pasang siap setingkat 1 blok yang terdiri daripada 6 kelas dan digunakan pada awal tahun 1985.Sekali lagi sekolah ini mendapat tambahan bangunan 1 blok pada tahun 1993 mengandungi 6 kelas dimana ditempatkan perpustakaan, bilik mesyuarat dan kelas yang boleh dibuka sebagai dewan.

     Ketika meningkat naik negara ini dengan era globalisasi, pada tahun 2002, sekolah ini mendapat satu bangunan khas makmal komputer untuk pengajaran dan pembelajaran ICT yang digunakan pada tahun 2004. Menjelang tahun 2011, satu lagi bangunan tambahan 4 tingkat siap dibina dan digunakan sebagai bilik -J-QAF, surau, bilik kokurikulum dan stor am.

     Sehingga kini, sekolah ini menunjukkan perkembangan dan kemajuan dari awal pembinaan nya puluhan tahun dahulu.Bilangan guru dan pelajar juga semakin bertambah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan pendididkan Negara.Semoga sekolah ini terus maju akan datang sesuai dengan slogan ‘BERDISIPLIN DAN BERJAYA’.