Mesyuarat Agung Tahunan dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Mesyuarat agung koperasi tahunan Felda Jenderak Selatan telah diadakan pada ketetapan berikut :-
TARIKH : 13 OKTOBER 2017
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : WISMA JKKR FELDA JENDERAK SELATAN
Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-
– Menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman dan dapat menilai prestasi kerja yang telah dijalankan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
– Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi dan pembahagian keuntungan termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi.
– Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan.
– Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman.
– Meluluskan pinjaman luar koperasi.
– Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.
– Dalam mesyuarat agung tahunan, anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalonkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.