Pusat Internet Felda Jenderak Selatan telah menerima lawatan daripada pihak Telekom Malaysia (TM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lawatan pada kali ini adalah untuk menyemak dan mengemaskini segala kelengkapan dan peralatan didalam Pusat Internet.


