| Tarikh : 2 Ogos 2025 (Sabtu) Tempat : NADI Felda Jenderak Selatan Masa : 10:00 pagi – 11:00 pagi |
Tujuan NADI mengadakan kelas Microbit dan Robotik kepada pelajar adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada teknologi digital dan juga dunia pengaturcaraan dalam cara yang menyeronokkan serta mudah untuk difahami. Melalui kelas ini, pelajar dapat mempelajari asas STEM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dnegan lebih praktikal sn interaktif, sekaligus memupuk minat mereka terhadap bidang inovasi dan teknoologi. Sleain itu, kelas ini juga bertujuan membina kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah, pemikiran logik, kreativiti dan kerjasama berpasukan.











