| Nama | BAZAR RAYA NADI BAZAR & BELAJAR @ NADI |
| Tarikh | 22 MAC 2025 ( SABTU ) |
| Masa | 9.00 PAGI – 4.00 PETANG |
| Lokasi | NADI FELDA JENDERAK SELATAN |
| Peserta & Pengunjung | 100 Orang |
Tujuan
Program Bazar Raya NADI ( Bazar & Belajar @ NADI ) dijalankan adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC mencadangkan penganjuran Bazar Raya
NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI.
Aktiviti
- Program ini merupakan sebahagian daripada Program Perkhidmatan Pintar NADI yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
- Inisiatif ini diadakan serentak di seluruh negara pada 22 Mac 2025, dan dirancang sebagai projek perintis untuk menilai keberkesanannya bagi sambutan perayaan lain pada masa akan datang.
- Bazar Raya NADI juga menawarkan jualan MADANI Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, serta jualan MADANI Agro oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).