mcmc
Keusahawanan

Kursus Usahawan Digital Pusat Komuniti Desa Kerdau

Kursus Usahawan Digital ini dijalankan adalah bertujuan untuk pemilihan platform media sosial untukUsahawan Digital harus bergantung pada beberapa faktor, termasuk sasaran pasaran, jenis produk atau perkhidmatan yang di tawarkan dan objektif pemasaran. Ia juga bergantung pada di mana audiens sasaran yang aktif secara dalam talian. Kombinasi beberapa platform mungkin sesuai untuk merentasi pelbagai jenis audiens dan objektif pemasaran. Banyak kelebihan apabila menjadi Usahawan Digital. Namun begitu, penting untuk diingat bahawa terdapat cabaran seperti persaingan yang sengit dan permintaan dari pembeli yang sentiasa berubah. Usahawan Digital perlu sentiasa mengekalkan perniagaan itu relevan dan kekal dalam persekitaran digital yang sentiasa berubah.