Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Dengan kesedaran inilah pihak Masjid Al-Mukiminin mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah hasrat yang cuba diketengahkan kepada beli Felda Jenderak Selatan supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah seorang yang beriman lagi bertaqwa.