Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori dari pihak industri bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan. Tujuan kursus ini dilaksanakan bagi Ahli Jawatankuasa dalam komuniri rancangan adalah untuk menerangkan konsep Amalan 5S secara umum, memberi panduan asas pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan / Agensi dan juga menerangkan kaedah pelaksanaan audit dalam Amalan 5S kepada Jabatan / Agensi.
5S bermaksud :-
1. SISIH
2. SUSUN
3. SAPU
4. SERAGAM
5. SENTIASA AMAL