mcmc
Maklumat Komuniti

Kaunter Khidmat Zakat Dan Wakaf

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju. Tujuan pembukaan Kaunter Zakat ini adalah untuk memudahkan para komuniti berurusan dengan pihak zakat.

Kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.