Kelas ini merupakan kelas atas talian menggunakan platform E-Tuisyen sebagai medium utama pembelajaran setelah kaedah bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran dari pandemik. Program ini juga dapat mempekenalkan PIK Felda Jenderak Selatan serta mengetengahkan fungsi dan peranan PIk kepada pengunjung di alam maya. Proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu serta program ini juga merupakan satu alternative bagi pihak TM untuk membantu calon SPM bagi membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan kelak.





