Hebahan dan Promosi Portal BUDI MADANI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Seluruh Negara. Selaras dengan pengumuman kerajaan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, Syarikat Pemberi Perkhidmatan (DUSP) adalah dimohon untuk mempromosikan Portal BUDI MADANI di semua NADI di seluruh negara. Program BUDI MADANI ialah inisiatif kerajaan dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Sehubungan itu, dimohon untuk pihak DUSP mengendalikan NADI untuk memastikan promosi Portal BUDI MADANI dilaksanakan dan boleh diakses melalui peranti komputer/laptop sedia ada di NADI seluruh negara.