mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

Persatuan Belia Felda Jenderak Selatan (MBFM) telah ditubuhkan oleh belia yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Jenderak Selatan. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh MBFM Felda Jenderak Selatan untuk mengisi masa lapang golongan belia felda, sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka di waktu cuti dan membantu belia yang tidak bekerja dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk mencari peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. Selain itu, aktiviti MBFM juga dapat mengurangkan gejala-gejala sosial di kalang remaja seperti melepak, menjadi kutu rayau dan sebagainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh MBFM Felda Jenderak Selatan ialah :-

 

a) Sukan/Pertandingan

 

Pertandingan bola sepak

Pertandingan Sepak Takraw

Kejohanan liga futsal tertutup

Pertandingan bola jaring bagi beliawanis

 

b) Kursus

Mengikuti Kursus Pemimpin Belia Daerah Temerloh

Mengikuti Kursus Keusahawanan Belia Daerah Temerloh

 

c) Keagamaan

Mengadakan Ceramah Agama

Mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah

 

d) Kemasyarakatan

Mengadakan Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan

Mengadakan kelas IT untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bidang IT