mcmc
Aktiviti Pi1MMaklumat Komuniti

BAZAR RAYA NADI

Antara tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil dan penduduk setempat menjana pendapatan tambahan melalui penjualan produk seperti makanan, pakaian dan barangan raya. Selain itu, ia bertujuan menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti, khususnya golongan wanita dan belia melalui platform seperti program NADI. Program ini juga menjadi medium untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital seperti pemasaran atas talian, selaras dengan aspirasi pendigitalan masyarakat. Di samping itu, bazar ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat serta mewujudkan suasana kemeriahan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kebaikan utama program ini ialah dapat meningkatkan ekonomi komuniti setempat dengan membantu peniaga kecil memperluaskan pasaran mereka. Ia juga memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran perniagaan seperti pengurusan jualan, pemasaran dan layanan pelanggan.