mcmc
JKKK

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-32

Mesyuarat Agung Tahunan dalam koperasi telah dianggap mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan untuk sesebuah koperasi itu. Mesyuarat agung koperasi tahunan Felda Jenderak Selatan telah diadakan pada ketetapan berikut :-

TARIKH    : 13 OKTOBER 2017
HARI         : JUMAAT
MASA        : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT   : WISMA JKKR FELDA JENDERAK SELATAN
 
Agenda yang dibincangkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan antaranya ialah :-
–  Menimbangkan laporan lembaga dan juruaudit dalaman dan dapat menilai prestasi kerja yang telah dijalankan oleh Ahli Lembaga Koperasi.
–  Menimbangkan dan meluluskan akuan koperasi dan pembahagian keuntungan termasuk dividen kepada anggota-anggota koperasi.
– Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan.
–  Meluluskan elaun-elaun lembaga dan juruaudit dalaman.
–  Meluluskan pinjaman luar koperasi.
–  Meluluskan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi.
–  Dalam mesyuarat agung tahunan, anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menawarkan diri untuk dicalonkan dan memberi cadangan untuk pembaikan perjalanan koperasi pada masa akan datang.