Nak Bayar Bil? Jom Ke NADI Felda Jenderak Selatan
Tahukah anda bahawa NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) turut menyediakan kemudahan pembayaran pelbagai jenis bil untuk memudahkan komuniti setempat? Kini urusan pembayaran bil menjadi lebih mudah, cepat dan selamat di NADI.
Antara perkhidmatan pembayaran yang disediakan ialah:
• Pembayaran Utiliti Asas
• Utiliti Komunikasi
• Cukai Tanah / Cukai Petak
• Cukai Taksiran / Cukai Pintu
• Pembaharuan Insuran Kenderaan Bermotor
• Pembayaran Pinjaman Pendidikan
• Dan lain-lain perkhidmatan berkaitan
Orang ramai dijemput untuk memanfaatkan kemudahan ini dengan mengunjungi NADI berhampiran anda bagi melaksanakan urusan pembayaran bil dengan lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di tempat lain.
NADI – Memudahkan Urusan Digital Komuniti.
