mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

Tarikh   : 15 September 2025 (Isnin)
Tempat : NADI Felda Jenderak Selatan
Masa    : 3:00 petang – 4.30 petang

Tujuan mengadakan kelas Mahir di NADI adalah untuk memperkasa komuniti setempat dengan kemahiran digital dan pengetahuan praktikal yang relevan dengan keperluan semasa. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta meningkatkan tahap celik teknologi, membina kemahiran asas komouter, aplikasi produktiviti dna juga kemahiran digital lain yang boleh dimanfaatkan dlaam pekerjaan, perniagaan kecil atau pembelajaran. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, suri rumah, warga emas dan juga pencari pekerjaan untuk menambah nilai diri melalui pembelajaran secara percuma atau kos rendah. Secara tidak langsung, kelas Mahir di NADI dapat menyokong matlamat pendigitalan negara dan memperkukuh peranan NADI sebagai pusat pembangunan modal insan komuniti digital.