mcmc
Pendidikan

AKTIVITI TAHUNAN LITERASI FELDA JENDERAK SELATAN

Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila kita sedang berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga untuk memperkenalkan konsep literasi awal perlulah dengan cara yang menyeronokkan.

Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak-kanak mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi awal yang baik lebih mudah belajar membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis yang lebih baik membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Terdapat pelbagai cara yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kemahiran literasi awal. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti untuk menggalakkan kemahiran literasi awal. Ini adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh guru literasi kepada kanak-kanak di Literasi Felda Jenderak Selatan. Aktiviti tahunan yang dijalankan di Literasi ini adalah dapat menarik minat kanak-kanakdari segi pergaulan dan sifat bekerjaasama dalam kalangan rakan-rakan.

Berikut adalah aktiviti tahunan literasi Felda Jenderak Selatan :-